Sahabat Silat

Wednesday, October 14, 2009

PEMBENTUKAN LEMBAGA BERADAT PSSGM WPL


Assalamualaikum,

Pada 10hb Oktober 2009 bertempat di Dewan USIA (Hotel Sara Labuan), telah berlangsung suatu peristiwa penting bagi PSSGM WPL iaitu Majlis Pembentukan Lembaga Beradat Negeri. Seramai 25 ahli menerima sandang kebesaran berjawatan seperti berikut;
  1. Khalifah Besar - 4 org
  2. Waris Beradat - 7 org
  3. Ketua Khalifah - 2 org
  4. Ketua Beradat - 5 org
  5. Khalifah - 2 org
  6. Khalifah Muda - 2 org
  7. Imam Gelanggang - 2 org
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ayahanda Amin Hamzah selaku ahli Dewan Penapis Amanah yang mewakili Waris Amanah Mahaguru iaitu cikgu Wan Ahmad Fauzi yang tidak dapat hadir disebabkan beliau terpaksa hadir di dalam majlis bersama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kita.

Mengikut perancangan awalnya, Ahli Parlimen Labuan, YB Kol(K) Datuk Yussuf Hj Mahal akan hadir dan dilantik sebagai Imam Khalifah, namun dukacitanya beliau tidak dapat hadir ketika itu kerana ada urusan yang lebih penting. Upacara pertabalan Imam Khalifah telah ditangguhkan pada hari yang akan ditentukan kemudian.

Selingan daripada majlis ini, pesilat-pesilat yang telah lulus dalam ujian kenaikan bengkong sebelum ini juga telah menerima bengkong masing-masing.

Cikgu Kasim (YDP Sabah), Ayahanda Amin Hamzah dan Cikgu Rosni (YDP Labuan)

Tari Sembah Bunga Tanjung sebagai Tari Penyambut Tetamu

Demo Kombat oleh Putra dan Faiz Aizat

Ucapan Kata Aluan dari YDP Labuan

Ucapan Kata Aluan dari YDP Sabah

Ucapan Perasmian oleh Ayahanda Amin Hamzah

Upacara Izin Tutup Majlis dipimpin oleh Cikgu Kasim dan diapit oleh Cikgu Azizan dan Cikgu Rosni


Wassalam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...