Sahabat Silat

Wednesday, April 13, 2011

MEMORI #1 - Perbarisan Kemerdekaan 2004

Salamun Alaik,

Dari kiri; Azizan, Zulkifli, Rosni 





Wassalam

Sunday, April 10, 2011

GELANGGANG GAYONG # 3 - SMK MUTIARA

GELANGGANG GAYONG # 2 - SM SAINS LABUAN

Assalamualaikum,

PSSGM gelanggang SM Sains Labuan telah ditubuhkan pada 2004 oleh En. Azizan Ibrahim yang merupakan guru di sekolah ini. Bilangan pesilat setahun secara puratanya seramai 50 ahli yang disertai oleh pelajar sekolah dari tingkatan 1-5. Pesilat2 dari gelanggang ini banyak didedahkan dengan aktiviti luar seperti menyertai kursus, bengkel, kerja amal,pertandingan dan jemputan demonstrasi.

Pesilat2 gelanggang SMSL ini juga sentiasa mendapat tempat dalam mewakili pertandingan peringkat sekolah2 kebangsaan dan Kejohanan SMD Kebangsaan. Selain itu, dalam konteks pengurusan fail unit uniform peringkat sekolah, Unit Uniform PSSGM SMSL telah mendapat anugerah pengurusan fail terbaik selama 2 tahun berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada semua ahli2 yang telah bekerja keras dalam mengharumkan nama PSSGM gelanggang SMSL!


Wassalam


Friday, April 8, 2011

GELANGGANG GAYONG # 1 - PENGKALAN UDARA, TUDM MEMBEDAI

Salamun Alaik,

Antara Gelanggang Awam yg terawal selepas tutupnya gelanggang di Kompleks Belia dan Sukan Labuan. Gurulatih yg bertanggungjawab membukanya adalah En. Zulkifli Ismail yg juga merupakan anggota tentera di kem tersebut pd 2005. 
En. Zulkifli - berdiri 2 dari kiri

Kemudian En,Azizan Ibrahim mengambil alih pada 2006 selepas En. Zulkifli berpindah. Pada tahun 2008,   En. Rosni Daud pula yang dipertanggungjawabkan mengawasi gelanggang di Kem Pengkalan Udara ini sehinggalah pada 2010, hampir keseluruhan ahli ber'posting' ke semenanjung menyebabkan aktiviti di gelanggang ini menjadi sangat kurang aktif.

Rosni dan Azizan

Tempat Latihan pertama adalah di dalam Dewan Samudera, kemudian berpindah ke padang belakang sekolah SK Membedai dan akhirnya pihak Gayong Labuan telah diberikan Rumah BAKAT oleh Komander Pangkalan TUDM ketika itu sebagai Tempat Latihan Rasmi.

Solat Hajat dan Tahlil sempena merasmikan Tempat Latihan baru...... RUMAH BAKAT

Ahli2 gelanggang awam ini amat aktif pada tahun 2005-2008, antaranya;

1. Kejohanan Silat Terbuka Labuan.


 2. Mandi Tapak dan Mandi Minyak

 3. Kejohanan Ultimate Warrior dan Pameran Silat

4. Ujian Kenaikan Bengkong

5. Kejohanan Pendekar Borneo

6. Majlis Penyampaian Bengkong dan Anugerah Sandang

Semoga Gelanggang Awam ini kembali aktif dan meneruskan kesinambungannya.......


Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...