Sahabat Silat

Saturday, October 31, 2009

PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA JEMPUTAN LABUAN

Assalamualaikum,

Pada 16-18hb Oktober 2009 bertempat di Kompleks Sukan Labuan telah diadakan Pertandingan Silat Olahraga Jemputan WP Labuan yang disertai oleh 6 kontijen iaitu dari Negara Brunei, Singapore, Pahang, WP Kuala Lumpur, ATM dan Labuan(tuan rumah).

Saingan pertandingan seimbang dengan juara keseluruhan dirangkul oleh Team Singapore dengan 4 emas, diikuti oleh Brunei 3 emas, WP Labuan 2 emas, ATM 2 emas, KL 1 emas dan Pahang 1 emas.

Emas Team WP Labuan telah disumbangkan oleh Mohd Hafizul Hamdan dari PSSGM WPL dan Aziz Rafai dari Silat Cengkam Harimau Ghaib.
Bagi pihak PSSGM WPL, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara Mohd Hafizul Hamdan yang telah mengharumkan nama Silat Seni Gayong secara khususnya dan Team WP Labuan secara umumnya. Kejayaan kali ini merupakan kejayaan yang ke- 5 secara peribadi beliau di dalam pertandingan silat olahraga di peringkat terbuka dan kebangsaan. Senarai kejayaan beliau adalah seperti berikut;
  1. 2005 - Kejohanan Remaja Kebangsaan - Emas (Kategori H)
  2. 2006 - Kejohanan Sukan Wilayah (SWIP) - Emas (kategori H)
  3. 2007 - Kejohanan Sukan Wilayah (SWIP) - Perak (Kategori H)
  4. 2008 - International Games di Danga Bay - Perak (Kategori I)
  5. 2009 - Jemputan WP Labuan - Emas (Kategori I)

Thursday, October 15, 2009

GAYONG BERTAPAK DI SABAH

Assalamualaikum,

PSSGM Sabah yang kini dalam proses menunggu kelulusan pendaftarannya telah mengadakan Upacara Perlimau Sintuk Tapak / Seni pada 11hb Oktober 2009 bertempat di SMA Kota Kinabalu. Majlis ini telah diatur dengan rapi oleh Jawatankuasa Kerja Majlis yang mana telah berkerjasama dengan PSSGM Labuan di atas kehadiran Ayahanda Amin Hamzah dalam Majlis Pembentukan Lembaga Beradat PSSGM WPL pada hari semalam.


Ayahanda Amin Hamzah telah menyempurnakan Upacara Adat ini dengan kehadiran seramai 50 murid baru. Sepanjang Upacara ini berlangsung, terdapat satu keanehan yang berlaku ketika berteh yang dimasukkan ke dalam bekas air telah membentuk KALIMAH ALLAH. Subhanallah!


Pada sebelah malam pula, Majlis Penyampaian Bengkong diadakan buat pesilat-pesilat dari gelanggang SMA Kota Kinabalu yang telah lulus dalam ujian kenaikan bengkong Awan Putih. Ustaz Mohd Azlan Nawawi dan Cikgu Datu Maslan Datu Masri pula menerima Bengkong Pelangi Merah selaku jurulatih.

Hampir semua Jawatankuasa Penaja PSSGM Sabah hadir yang diketuai oleh Cikgu Kasim Samat sebagai YDP Penaja dan Cikgu Amir Fadhli Razali sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM Sabah. Semangat mereka semua amat membanggakan dan pastinya matlamat untuk menyebarkan ilmu Gayong ini ke seluruh negeri Sabah akan tercapai pada masa akan datang!


Wassalam

Wednesday, October 14, 2009

PEMBENTUKAN LEMBAGA BERADAT PSSGM WPL


Assalamualaikum,

Pada 10hb Oktober 2009 bertempat di Dewan USIA (Hotel Sara Labuan), telah berlangsung suatu peristiwa penting bagi PSSGM WPL iaitu Majlis Pembentukan Lembaga Beradat Negeri. Seramai 25 ahli menerima sandang kebesaran berjawatan seperti berikut;
  1. Khalifah Besar - 4 org
  2. Waris Beradat - 7 org
  3. Ketua Khalifah - 2 org
  4. Ketua Beradat - 5 org
  5. Khalifah - 2 org
  6. Khalifah Muda - 2 org
  7. Imam Gelanggang - 2 org
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ayahanda Amin Hamzah selaku ahli Dewan Penapis Amanah yang mewakili Waris Amanah Mahaguru iaitu cikgu Wan Ahmad Fauzi yang tidak dapat hadir disebabkan beliau terpaksa hadir di dalam majlis bersama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kita.

Mengikut perancangan awalnya, Ahli Parlimen Labuan, YB Kol(K) Datuk Yussuf Hj Mahal akan hadir dan dilantik sebagai Imam Khalifah, namun dukacitanya beliau tidak dapat hadir ketika itu kerana ada urusan yang lebih penting. Upacara pertabalan Imam Khalifah telah ditangguhkan pada hari yang akan ditentukan kemudian.

Selingan daripada majlis ini, pesilat-pesilat yang telah lulus dalam ujian kenaikan bengkong sebelum ini juga telah menerima bengkong masing-masing.

Cikgu Kasim (YDP Sabah), Ayahanda Amin Hamzah dan Cikgu Rosni (YDP Labuan)

Tari Sembah Bunga Tanjung sebagai Tari Penyambut Tetamu

Demo Kombat oleh Putra dan Faiz Aizat

Ucapan Kata Aluan dari YDP Labuan

Ucapan Kata Aluan dari YDP Sabah

Ucapan Perasmian oleh Ayahanda Amin Hamzah

Upacara Izin Tutup Majlis dipimpin oleh Cikgu Kasim dan diapit oleh Cikgu Azizan dan Cikgu Rosni


Wassalam


Tuesday, October 13, 2009

UJIAN KENAIKAN BENGKONG 4.10.2009

Assalamualaikum,

Pada 4hb Oktober 2009, jam 9 am-12 pm bertempat di gelanggang SM Sains Labuan telah diadakan Ujian Kenaikan Bengkong bagi tahap bengkong Awan Putih, Pelangi Hijau dan Pelangi Merah yang melibatkan hampir 50 pesilat dari gelanggang SM Sains Labuan, SMK Mutiara dan Gelanggang Awam TUDM. Majlis Gurulatih WPL telah memilih En.Ghazali sebagai penguji pada hari tersebut.


Abang Ghazali sebagai penguji


Wan Ameerul sedang menghambur 10 halangan rendah


Hafiz melepaskan flying kick dalam serangan bebas

Semua murid Gayong yang menyertai Ujian ini telah berjaya lulus dalam peringkat masing-masing setelah mempamerkan aksi yang mantap dan ditambah dengan disiplin yang tinggi. Diharapkan pendekar2 cilik ini bertambah semangat setelah mendapat kenaikan bengkong nanti.

Wassalam

SELAMAT DATANG KE BLOG PSSGM WP LABUAN

Assalamualaikum,

Blog ini diwujudkan adalah untuk menyampaikan info-info dan aktiviti-aktiviti PSSGM WPL buat sedara seGayong semua. Semoga blog ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...