Salamun Alaik,
Antara Gelanggang Awam yg terawal selepas tutupnya gelanggang di Kompleks Belia dan Sukan Labuan. Gurulatih yg bertanggungjawab membukanya adalah En. Zulkifli Ismail yg juga merupakan anggota tentera di kem tersebut pd 2005.
En. Zulkifli - berdiri 2 dari kiri
Kemudian En,Azizan Ibrahim mengambil alih pada 2006 selepas En. Zulkifli berpindah. Pada tahun 2008, En. Rosni Daud pula yang dipertanggungjawabkan mengawasi gelanggang di Kem Pengkalan Udara ini sehinggalah pada 2010, hampir keseluruhan ahli ber'posting' ke semenanjung menyebabkan aktiviti di gelanggang ini menjadi sangat kurang aktif.
Rosni dan Azizan
Tempat Latihan pertama adalah di dalam Dewan Samudera, kemudian berpindah ke padang belakang sekolah SK Membedai dan akhirnya pihak Gayong Labuan telah diberikan Rumah BAKAT oleh Komander Pangkalan TUDM ketika itu sebagai Tempat Latihan Rasmi.
Solat Hajat dan Tahlil sempena merasmikan Tempat Latihan baru...... RUMAH BAKAT
Ahli2 gelanggang awam ini amat aktif pada tahun 2005-2008, antaranya;
1. Kejohanan Silat Terbuka Labuan.
2. Mandi Tapak dan Mandi Minyak
3. Kejohanan Ultimate Warrior dan Pameran Silat
4. Ujian Kenaikan Bengkong
5. Kejohanan Pendekar Borneo
6. Majlis Penyampaian Bengkong dan Anugerah Sandang
Semoga Gelanggang Awam ini kembali aktif dan meneruskan kesinambungannya.......
Wassalam.